Friday, September 11, 2015

Hujung Minggu: Island Hopping, Langkawi (Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar, Pulau Beras Basah)

Plz note actual date to Langkawi was on 7-9 Aug, 2015.

Kami join Island Hopping yang disediakan kat Tubotel ni, pakej harga RM30 per pax dan kul 2.00 pm ada van amik. So kami tunggu kat café sambil menikmati the breathtaking seascape. Oh ye, kalu anda solo traveler pun, van akan pick up gak.


Kat Tubotel ni selain aku ngan member, ada dua gadis chinese yang berasal dari negara China, yang turut join island hopping ni. Island Hoping yang kami join ditawarkan oleh RBY Sea Tours (tel: 012-4767487). Menurut brother van yang pick up kami, dianggarkan akan kembali semula ke Tubotel pada pukul 5.30 pm. Brother tu asal Keramat, keje kat Langkawi cuz dia kata KL hectic, Langkawi calm. Memang la calm dah kalu daily pat nengok omputih je, gile tak best. Brother ada mention kedai chicken chop dia tapi aku tak ingat nama kedai.

Next, brother tu dropped by Meritus Pelangi for pick up next passengers. Ada 6 pax of foreigners yang join us iaitu family (4 orang from Germany) dan satu pasangan (2 orang tak sempat tanya dari mana; walaupun tua, mereka berdua tetap nampak sweet wow). Later, dia berhenti jap kat area Pantai Cenang untuk amik solo traveler (from Switzerland). Eh dari mana plak matsaleh ni kuar, tetiba je melintas jalan terus pegi tepi van. Aku tanya dia duk mana, then dia kata Rainbow Lodge. Total kami semua 11 orang dan memang penuh satu van tu.


'swimming noodle' yang kaler merah ngan kuning tu
picture taken from googleimages
Masa passed by Cenang Beach tadi, kami nampak warna-warni parachute parasailing baru nak naik terbang. Tak sempat nak snapped photo cuz aku semangat berborak dengan uncle Germany tu. Melalui perbualan aku ngan uncle Germany tu, satu mende yang baru aku ketahui adalah ‘swimming noodle’ yang juga dikenali sebagai ‘pool noodle’ ataw ‘water woggle’. Ia merupakan ‘cylinder foam’ yang berfungsi untuk apungan (macam pelampung angin). Bezanya kalu guna ‘swimming noodle’ ni lebih mudah cuz tak perlukan angin macam dalam pelampung and it is flexible (boleh lentur) dan mudah dibawa.


Jeti Pelancongan
Setibanya di jeti pelancongan, brother van bagi ‘RBY sticker’ and brother boat dah tunggu kami kat tangga jeti. Pesanan brother boat, ‘sila ingat nombor boat anda’. Boat kami No. 123 memang senang nak ingat!

Tompokan putih merupakan lokasi Tasik Dayang Bunting
Map taken from googlemaps
Pulau Dayang Bunting (Island of the Pregnant Maiden) merupakan pulau kedua terbesar di Kedah (selepas Pulau Langkawi) dan terletak bersebelahan dengan Pulau Tuba. Kedua-dua pulau tersebut hanya dipisahkan oleh Selat Bagan Nyior dan Selat Tuba. Suatu ketika dulu, aku penah buat program ‘Bakti Siswa/Siswi’ kat Pulau Tuba tu. Aku harap budak-budak kat Pulau Tuba dapat manfaat dari program yang kami jalankan. Kalu aku tak lost contact ngan family angkat aku kat Pulau Tuba tu, sure aku dah datang menjenguk mereka.


Pandangan sisi dayang bunting sedang berbaring 
Pulau Dayang Bunting adalah destinasi pertama and kami diberikan tempoh satu jam di sini. Paling unik kat pulau ni adalah freshwater lake.


Pembentukan batuan (rock formation) di Pulau Dayang Bunting
Ye la kat tengah-tengah laut tetiba ada tasik air tawar, kan unik tu. Surah Al-Furqan ada menyatakan “Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya” (Quran 25:53). SubhanAllah!


‘Marble Geoforest Park’ terdiri daripada tiga pembentukan batuan kapur iaitu Batuan Setul, Batuan Chuping dan Batuan Singa. Ia merupakan hasil gabungan dua hutan simpan iaitu hutan simpan Pulau Tuba dan hutan simpan Pulau Dayang Bunting. Pembentukan Batuan Setul terdiri daripada batu kapur yang berwana gelap dan sangat keras. Marmar (marble) terhasil melalui proses ’metamorphism’ iaitu proses tekanan dan haba yang tinggi sehingga menyebabkan batu kapur bertukar menjadi batu marmar. Tekanan dan haba yang tinggi tidak akan meleburkan batuan, tetapi berupaya mengubah tekstur dan komposisi mineral batuan. Aplikasi ’metamorf’ lain adalah seperti Grafit kepada Berlian.


Sebelum sampai kat tasik tu, traveler must walked up and trekked down di laluan yang disediakan. Penat tu berbaloi after dapat berendam dalam tasik tu.


Selain berenang, sewaan kayak dan boat kayuh juga turut disediakan. As info stated on the board, Tasik Dayang Bunting terbentuk daripada sebuah gua yang telah runtuh ribuan tahun lampau.


Sempat gak aku capture pembentukan batu (rock formation) on the way returned to jetty. Kalu tak silap aku, batuan tersebut (gambar diatas) merupakan batuan Setul yang terdiri daripada batu kapur yang berwana gelap dan sangat keras.


Masa kat laluan jeti, tetiba hujan lebat, aku ni lari pecut tapi rasa macam tak lari je cuz aku terpaksa meredah angin yang memang kuat. Boat dah amik kami, tapi penumpang tak cukup lagi. Tak sangka dalam diam brother boat buat kiraan penumpang cuz aku pun tak perasan penumpang lum cukup lagi. Then boat berlegar-legar di sekitar jeti sementara menunggu penumpang tersebut. Alhamdulillah, akhirnya penumpang tersebut muncul jua, iaitu foreigner seorang wanita bersama dua kanak-kanak muncul di laluan jeti.


Destinasi kedua adalah Eagle Feeding di Pulau Singa Besar. Disebabkan hujan lebat, tak banyak helang yang muncul. Sedih gak tak pat nengok aksi helang merembat di atas permukaan laut. Mungkin rezeki lain kali (husnuzon).

Pulau Beras Basah merupakan dropped by kami yang ketiga dan juga terakhir. Di sini, kami diberikan tempoh satu jam untuk sightseeing, swimming ataw buat la apa pun. Walaupun hujan, laut tu tetap penuh ngan orang mandi-manda terutamanya foreign travelers, ye la kalu tak mandi sekarang, bila la plak nak datang lagi. Ow, walaupun hujan lebat, tapi air laut rasa suam taw, mungkin sebab tu diorang best mandi laut. Cuz udara luar lagi sejuk, mungkin sebab tu air laut tu suam je.


Picture right: fisherman boathouse
Picture left: Pantai Beras Basah
Kalu tak hujan, memang dapat nampak ada ikan cuz air dia clear. Kat sini ada dijual minuman panas dan juga snacks. Aku cari gak kot ada pisang goreng ngan sambal kicap jual kat pulau ni. Malangnya, tak ada ok!


Setelah selesai, brother boat hantar kami pulang semula ke jeti pelancongan. Aku minta tolong brother van amik kan gambo, kunun ala group photo la kans. Family Germany tu tak de dalam pict cuz mereka tengah beli souvenirs.

Setelah pulang ke Tubotel and freshened up, kami shopping kat Haji Ismail Group Mall (dekat HIG Hotel) area Kuah iaitu lebih kurang 30 minutes driving from Tubotel. Aku beli sudu dan peralatan dapur, maklumla pesanan dari bonda tercinta. Then kami proceed for a dinner at some restaurant at the roadside. Plan nk beli beger kat tempat semalam, tapi terlupa cuz dah penat sangat so terus balik.

Rumusan bajet adalah seperti jadual diatas. Aku shopping dalam RM100 lebih je, so total cost lebih kurang RM500 seorang. Untuk makluman, garfu dan pisau akan dirampas sekiranya letak dalam hand-carry bag kerana termasuk sebagai barang bahaya yang boleh mengancam keselamatan.  Setakat ini sahaja perkongsian aku, thanks luangkan masa membaca! Assalamualaikum.

Hujung Minggu:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...